Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia, apabila melaksanakan solat tarawih, diselangi dengan selawat beramai-ramai setiap kali selepas salam. Namun, agak unik dan lain daripada yang lain, Masjid Nurul Iman (MNI) di Taman Pantai Lok Kawi / Kg Pituru, tiada amalan atau rutin selawat yang menyelangi setiap dua rakaat tarawih. Ia bermula sejak tahun lepas dan diteruskan pada Ramadhan tahun ini. Sebaliknya, solat tarawih dilakukan terus menerus hingga selesai 20 rakaat. Cuma diselangi rehat dengan berdoa ringkas setiap 4 rakaat.
Bagi saya, ia adalah satu perubahan yang baik. Untuk menjelaskannya, saya akan bahaskan kemudian. Ada juga yang tidak bersetuju tetapi adalah perkara biasa apabila sesuatu tindakan atau keputusan dibuat tidak semua orang yang menyetujuinya. Namun, ramai yang bersetuju dan suka dengan perubahan ini. Menurut seorang jemaah masjid, ramai yang datang bersolat tarawih di MNI kerana ringkas dan cepat habis.
Adakah kerana cepat habis saya mengatakan ia perubahan yang baik. Sebenarnya bukan...
Khamis, 4 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
masjid ya ngapus selawat sebab selawat yg diucapkan rami2 ya sik menepati syarat selawat yang sebenar. jadi, utk ngelak jadi dosa kpd umum bagus hapus jak. tambahan selawat bukan hanya disunatkan bln ramadhan ajak n bukan masa terawih ajak. malah kita disunatkan selawat pada setiap masa.mun kita selawat ke atas nabi sekali ALLAH SWT akan selawat sepuluh kali dgn kita. ilmu tuk yg diaja oleh khatib tiap2 jumaat. ampe jak sik paham2 jak. kali sik pegi jumaat apokah. malah dlm tahiyat sblm salam wajib selawat sbb masuk dlm ukum 13 kato oleh wo jenolah. kesimpulannya, mun kita mbayang 20 rakaat ditambah 3 rakaat witir jadi kita dah selawat ke atas nabi 12 kali. apo agik nak dicarik. mun yg ngambik 8 rakaat dptlah 4 kali selawat. kecik sikit pahalo. apo boleh buat nang nak dimauk oleh nya.memang dah jadi lumrah sapo mnalah kerja banyak dptlah byk. yo aku geram tuk.eeei.
Catat Ulasan