Situasi 1
Ketika saya menziarahi keluarga sebelah isteri tidak lama dahulu, isteri saya mengucapkan tanhiah kepada makciknya kerana anaknya menjadi perwakilan ke perhimpunan UMNO. Sepontan makcik tu menjawab, "kalau tak bagi duit tak dapat jugak." Saya senyum saja. Agak terkejut, tetapi saya faham begitulah budaya yang ada dalam UMNO. Menyogok duit untuk terpilih menjadi perwakilan atau merebut jawatan.
Situasi 2
Ketika bertemu seorang ahli UMNO, seorang peniaga, mertua saya memujinya kerana berjaya dalam bisnes dan banyak dapat untung. Lalu dia menjawab, "tapi time pemilihan ni (maksudnya pemilihan UMNO), banyak juga pakai duit. Kurang-kurang kena bagi RM30 seorang. Kalau tidak, tak dapat pergi KL (jadi perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO di KL)." "Tapi, takpa. Nanti sampai KL dapat RM300 seorang," sambungnya seperti menaruh harapan. Mungkin dalam hatinya berkata, biarlah keluar modal dulu. Sampai KL nanti dapat untung. Cukup untuk bayar tambang flight pergi balik dan belanja di KL. Malah mungkin lebih lagi. Itulah bisnes...
Sabtu, 6 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
"Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini," katanya
Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan PAS dan ulama PAS.
Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama dalam tindakan mereka.
1. Apabila Majlis Mufti megatakan konsert Sure (Jom) Heboh haram Umno tidak ikut
2. Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.
3. Apabila Majlis Mufti kata bertafakkur di depan Tugu Negara haram, PM Abdullah sendiri tidak ikut.
4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak Aids, Umno tidak ikut.
5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh Jakim, Umno tidak ikut.
6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Dato' Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah dan PhD sebuah universiti di United Kingdom? Mana Hamid Zainal Abidin? Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan PhD tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.
7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno ang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.
Kalau pandangan ulama rasmi yang terdiri daripada kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama bekerjasama.
Kalau hanya hendak mengajak ulama multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja.
petikan daripada harakahdaily.net 9/9/08
ape kejadah
rakyat meredah banjir,pemimpin meredah angkasa
rakyat menderita, pemimpin bersukaria
nak kongsi ilmu pertanian konon
ape takut ke?
kalau ye pun pegilah umrah minta petunjuk nak keluar ke tak. ni entah mana ceruk diaorang ni pegi.Allah SWT sahaja yg tahu. jgn buat dosa sudahlah. harap mcm tu. kene hantar spy ikut pegi
Catat Ulasan